dari buku hati bertemu,
di Kota Kinabalu hati bersatu,
sekian lama asyik merindu,
kini terubat rinduku padamu.
di Kota Kinabalu hati bersatu,
sekian lama asyik merindu,
kini terubat rinduku padamu.
Cerita ini mungkin fantasi, barangkali jua realiti.
Bintulu - Aku suka menjejak kaki ku di Popular, bila bersendirian barangkali feel berlebihan. Tumpuan aku lebih tajam dari kebiasaan. Hati sentiasa berbicara dengan sinopsis dan gaya penulisan sang penulis. Ohh...
Boleh dikata kan kalau jejak ke Mall mustahil tak berkunjung di sana. Mungkin nadi yang sentiasa berdenyut di jiwa ini.
# Senyuman Manis
Setelah mencapai beberapa buku & bertukar ganti wang, aku keluar dari alam fantasi ku. Terserempak dengan sang jejaka. Berselisih, bersendirian. Macam aku juga. Senyuman manis dilemparkan.. Lumrah kita sebagai manusia senyuman itu bak sedekah. Ia mungkin ke kedai buku jua barangkali. Selepas senyum ada feed back tertunduk jua pandangan.
#Not 50
Aku ingin membasahkan tekak di Thenson. Sambil menunggu order, aku duduk sambil melihat ragam di dalam Mall. Kaki ini melangkah ke kaunter ingin mengambil air yg diidamkan. Tertoleh jua aku ke tepi, Sang jejaka memegang not 50. Sambil tersenyum, kami bertegur.
Di suatu saat yang lain...
# Alarm
Aku baru touch down dari Kuching menghadiri majlis perkahwinan sahabat keras sewaktu Poly. Kiranya tgh bercuti la..hihi...Dari airport direct "pecah laju". Aku memunculkan diri lagi ke Popular..itu pun aku singgah sebentar. Aku seperti biasa membelek buku. lihat, tangkap dan bayar.. Semasa urusan pembayaran jual beli dibuat,
tiba- tiba...
berlaku agenda yang mengejutkan...
"alarm" berbunyi....
Aku yang tengah memegang not menoleh ke pintu utama.. Alarm itu menarik perhatian ku, tapi ada sesuatu yang lebih menarik perhatianku.
Sang jejaka yang tengah terkesima di depan kedai yang dikerumuni sahabatnya.
Mata bertentang mata.
Wajah sang jejaka rupanya tak tentu arah.
ada sesuatu barangkali.
aku penasaran...
eh..eh..kenapa asyik dia yang aku jumpa.
hati terus berbicara.
otak menidakkan..
abaikan saja..
Urusan jual beli diteruskan..
tapi hati masih terukir ketidakpuas hatian.
~bersambung........
sweet :)
ReplyDeletesweet macam m&m's tak?
DeleteEp ep ep...
ReplyDeletehi hi hi... ini mungkin fantasi >_<
Delete