Thursday 3 October 2013

Masa feat Langkah


Jika masa itu ku dapat beli,
walaupun sesaat,
akan ku beli dari kau,
walaupun hanya 5 saat.

Ia sudah memadai untuk aku,
aku tak minta lebih,
tak minta kurang.

Masa....
bila ia dah berlalu,
payah sungguh diulangi,
bukan sekadar payah,
tapi tak mungkin akan diganti.

Terkesimanya aku,
ingin ku laungkan,
luahkan,
tapi apakan daya,
suara kecilku tak kau sambut.

Double step closer,
hancur..
punah..
dibawa masa..bukan dikejar masa,
tapi ditenggelamkan oleh masa,
kuatnya pengaruh mu masa,

Cuma tersadung sedikit saja,
langkah ku mula goyah,
longlainya sendi-sendiku,
segala terhenti.

Ku bangkit,
dengan sisa kekuatan yang ada,
melangkah 1 demi langkah,
mungkinkah aku berpaling?

Barangkali tidak,
barangkali ia.

Jauh nya kau hati,
kenapa jadi begini?
janganlah kau menjauh,
pedihnya,
sakitnya,
cuma hati yang mampu bicara.

hati bila ia luka tak nampak darahnya,
kulit bila tergores sedikit darah bisa menonjol diri,
tapi sistem badan bijak menyembuhkan luka di kulit,
tapi hati? 
M.A.S.A juga yang selalu main peranan.

Ya Allah,
sungguh hebatnya ciptaanMu.
SubhanaAllah.

Wahai hati tenanglah,
dalam setiap masa,
dalam setiap langkahku,
 Tenanglah.
bangkitlah.
tak mungkin kau mengalah bukan?

Jika dulu kau pernah tersakiti,
kenapa tidak sekarang?
aku yang dulu & sekarang adakah tetap yg sama?
berbicaralah hati,
hanya kau yang mampu menguraikan segalanya.

Ingin aku berdiri dalam derasnya hujan,
agar tiada siapa yang tahu,
kalau aku sedang menangis.....

Tuesday 1 October 2013

Deejavu Buku Barangkali Part 1

dari buku hati bertemu,
di Kota Kinabalu hati bersatu,
sekian lama asyik merindu,
kini terubat rinduku padamu.

Cerita ini mungkin fantasi, barangkali jua realiti.

Bintulu - Aku suka menjejak kaki ku di Popular, bila bersendirian barangkali feel berlebihan. Tumpuan aku lebih tajam dari kebiasaan. Hati sentiasa berbicara dengan sinopsis dan gaya penulisan sang penulis. Ohh...

Boleh dikata kan kalau jejak ke Mall mustahil tak berkunjung di sana. Mungkin nadi yang sentiasa berdenyut di jiwa ini.

# Senyuman Manis

Setelah mencapai beberapa buku & bertukar ganti wang, aku keluar dari alam fantasi ku. Terserempak dengan sang jejaka. Berselisih, bersendirian. Macam aku juga. Senyuman manis dilemparkan.. Lumrah kita sebagai manusia senyuman itu bak sedekah. Ia mungkin ke kedai buku jua barangkali. Selepas senyum ada feed back tertunduk jua pandangan.

#Not 50

Aku ingin membasahkan tekak di Thenson. Sambil menunggu order, aku duduk sambil melihat ragam di dalam Mall. Kaki ini melangkah ke kaunter ingin mengambil air yg diidamkan. Tertoleh jua aku ke tepi, Sang jejaka memegang not 50. Sambil tersenyum, kami bertegur.

Di suatu saat yang lain...

# Alarm

Aku baru touch down dari Kuching menghadiri majlis perkahwinan sahabat keras sewaktu Poly. Kiranya tgh bercuti la..hihi...Dari airport direct "pecah laju". Aku memunculkan diri lagi ke Popular..itu pun aku singgah sebentar. Aku seperti biasa membelek buku. lihat, tangkap dan bayar.. Semasa urusan pembayaran jual beli dibuat,

tiba- tiba...

berlaku agenda yang mengejutkan...

"alarm" berbunyi....

Aku yang tengah memegang not menoleh ke pintu utama.. Alarm itu menarik perhatian ku, tapi ada sesuatu yang lebih menarik perhatianku.

Sang jejaka yang tengah terkesima di depan kedai yang dikerumuni sahabatnya.

Mata bertentang mata.

Wajah sang jejaka rupanya tak tentu arah.

ada sesuatu barangkali.

aku penasaran...

eh..eh..kenapa asyik dia yang aku jumpa.

hati terus berbicara.

otak menidakkan..

abaikan saja..

Urusan jual beli diteruskan..

tapi hati masih terukir ketidakpuas hatian.


~bersambung........