Thursday, 5 December 2013

Bicaralah Anak Mata

Hati ini.
Menyelami diri
Bukan dicapai dek akal.

Mencari kemana arah tuju
Tersilapkah percaturan
Atau pun aku belum jumpa penghujungnya.

Masih samarkah jawapannya
Cuma berdiri di pintu hati
Mungkin berjaya diketuk
Tapi cuma singgah seketika.

Tak bisa diungkap dgn kata-kata
Mampu diluah dgn kelingan anak mata
Bicaralah duhai mata
Walau tiada suara dilontarkan.

Hati berteka teki
Menanti sebuah pertanyaan
Bicara sang hati
Membuahkan pelbagai jawapan.

Tak mungkin berlalu pergi
Terpacak jua disisi
Mencari kekuatan bersama
Untuk membina sebuah kenangan.

Bicaralah duhai anak mata
Walau kata tak seindah ayat puitis
Mungkin itu yang engkau cari
Bicara ikhlas dari hati.

Tuesday, 26 November 2013

Demam Durian Crepe

Assalamualaikum & Salam Selasa. :)

Musim durian kian mengapai klimaksnya..hehehe... jadi tak mustahil pengemar & pencinta durian kian merasa bahangnya...

Seawal pagi pantry Chudenko diserang oleh durian crepe.... oh terasa nikmatnya.. Alhamdulillah. .sangat-sangat nyummyliicious... bersesuaian lagi bila dijamah ketika sejuk-sejuk..

Gabungan du du durian & wrapping cream nya..fuhhh..umpama memakan aiskrim ala-ala gtu lah..gigitan pertama semestinya ingin lagi & lagi..

Cliffina sungguh tetap sasaran nya menanyakan aku di Bintulu dimana nak cari "Durian Crepe" aku dgn cepat dan pantas promote "Reen Khan" sebab sebelum ini aku pernah merasa hasil tangannya..perhhh.. crepe nya sungguh nipis & sedap. Hihi..

Pabila seorang Project Manager bwarganegara Jepun makan durian crepe sangat melucukan..aku rasakan dia mesti terfikir nak telan ke tak..haha..sungguh memaksa diri lah betul itu jepun...2 orang lagi dgn sepantas kilat mengatakan "TAK NAK" ...aku rasa mau fobia dia makan crepe tu..haha... Biasalah diorang mana suka spesis DURIAN ni...kahkah...

Selamat Mencuba!!
Sarah Budin
Chudenko Pantry.